Sunday 19 January 2014

KAMI JUARA LAGI

Sebagai pendedahan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, ABYNS telah menyertai Kejohanan Bolasepak Piala Borneo Bawah 18 tahun 2013/14 di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 - 13 Januari 2014 yang lepas. Kontinjen ABYNS terdiri daripada 4 orang pegawai dan 20 orang pemain (pelajar sesi 2013 sahaja).
Sebanyak 6 pasukan menyertai kejohanan ini iaitu ABYNS, Australia Football Academy (AFA), Rajawali Football Academy Indonesia, Sabah FC, Sabah College, TABS Sabah. Pertandingan dijalankan secara "round robin". Keputusannya ABYNS berada di atas dengan hasil kemenangan 3 perlawanan dan 2 seri, diikuti tempat kedua AFA, ketiga Rajawali FA, keempat SABAH FC, kelima Sabah College dan keenam TABS. ABYNS merupakan satu-satunya pasukan yg tidak dibolosi sepanjang kejohanan.
Dalam perlawanan akhir, ABYNS berjumpa dengan AFA di mana  semasa perlawanan peringkat awal keputusannya adalah seri tanpa jaringan. Tetapi dengan semangat yang kental dan menanam sifat saiz kecil tidak menjadi halangan itu berjaya, ABYNS telah mengalahkan AFA dengan jaringan 2 - 0. Keputusan ini sekali gus telah memecahkan dominasi pasukan dari Australia menjadi juara.





KAMI JUARA

Pada 15hb. Disember 2013 yang lepas, pelajar akademi  telah menyertai Karnival Bolasepak Bawah 16 tahun anjuran MBJ FC di Pulau Indah, Kelang. Pasukan ABYNS terdiri daripada gabungan pelajar akademi dengan calon-calon pelajar akademi 2014. Penglibatan calon-calon pelajar adalah untuk melihat sejauh mana keupayaan mereka dalam sesuatu perlawanan sebelum dipilih secara rasmi memasuki akademi 2014. Walaupun merupakan pasukan gabungan, kami tetap menjadi JUARA...tahniah kepada semua

Sunday 5 January 2014

BERMULALAH DUNIA BARU


Alhamdulillah...kesemua 17 orang pelajar baru telah selamat melaporkan diri ke asrama akademi petang tadi (5.1.2014)....Tahniah diucapkan kerana berani menyahut cabaran untuk merealisasikan moto akademi "WE ARE THE FUTURE"....sekali melangkah masuk ke akademi, jangan menoleh ke belakang lagi...alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... dan hidupkan semangat "HOBIN JANG HOBIN"

Saturday 16 November 2013

NOMBOR YANG MENARIK

Selama 8 hari sesi pemilihan peringkat awal di beberapa tempat di seluruh Negeri Sembilan, seramai 767 orang pelajar Tingkatan 2 dan 3 mencuba nasib dan bakat mereka untuk menyertai keluarga Akademi Bolasepak Yayasan Negeri Sembilan bagi sesi persekolahan 2014.
Daripada jumlah tersebut di atas, seramai 80 orang pelajar Tingkatan 2 dan 71 orang pelajar Tingkatan 3 telah terpilih untuk memasuki saringan kedua. Saringan kedua ini pula akan memilih seramai 30 orang untuk saringan terakhir. Semasa saringan terakhir ini, pelajar dikehendaki tinggal di akademi selama 3 hari 2 malam, bagi memilih seramai 16 orang yang layak menyertai keluarga akademi sesi 2014.

TEMPAT
TARIKH/HARI
TINGKATAN 2
TINGKATAN 3
JUMLAH
SEREMBAN
18.10.2013 SABTU
113
167
280
SEREMBAN
19.10.2013 AHAD
31
47
78
KUALA PILAH
26.10.2013 SABTU
25
32
57
BAHAU
27.11.2013 AHAD
37
58
95
NILAI
02.11.2013 SABTU
26
42
68
NILAI
03.11.2013 AHAD
13
39
52
TAMPIN
09.11.2013 SABTU
18
36
54
GEMAS
10.11.2013 AHAD
27
56
83

290
477
767

Thursday 24 October 2013

PENCARIAN BERMULA....


Photo: PENCARIAN BERMULA.........
Alhamdulillah...sesi pemilihan pelajar untuk pengambilan Tahun 2014 telah selamat dijalankan untuk sesi pertama dan kedua di padang Medan Rahang pada 19 dan 20hb Oktober 2013 yang lepas. Kehadiran pelajar yang ingin menyertai akademi amat memberangsangkan dan di luar jangkaan. Ada juga yang datang dari luar N.Sembilan. Seramai 272 orang hadir pada 18hb dan seramai 60 orang pada 19hb....Para panel pemilih berada dalam keadaan sangat teruja kerana terlalu ramai yang berbakat sehingga terpaksa melakukan tiga saringan untuk mendapat calon-calon yang benar-benar layak menyertai akademi. Perlu diingat, setelah tamat semua lapan sesi pemilihan di semua daerah, barulah panel pemilih memutuskan siapakah yang layak ke sesi pemilihan terakhir pada 16 dan 17 November 2013.
Kepada mereka yang terlepas dalam sesi pemilihan sesi pertama dan kedua dan tinggal di daerah Kuala Pilah dan Jempol, bolehlah hadir di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah pada 26hb Oktober dan di Stadium Mini Majlis Perbandaran Jempol, Bahau pada 27hb. Oktober 2013.
Sesi pemilihan pelajar Akademi Bolasepak YNS untuk pengambilan Tahun 2014 telah selamat dijalankan untuk sesi pertama dan kedua di padang Medan Rahang pada 19 dan 20hb Oktober 2013 yang lepas. Kehadiran pelajar yang ingin menyertai akademi amat memberangsangkan dan di luar jangkaan. Ada juga yang datang dari luar N.Sembilan. Seramai 272 orang hadir pada 18hb (Sabtu) dan seramai 60 orang pada 19hb (Ahad) Para panel pemilih berada dalam keadaan sangat teruja kerana terlalu ramai yang berbakat sehingga terpaksa melakukan tiga saringan untuk mendapat calon-calon yang benar-benar layak menyertai akademi. Perlu diingat, setelah tamat semua lapan sesi pemilihan di semua daerah, barulah panel pemilih memutuskan siapakah yang layak ke sesi pemilihan terakhir pada 16 dan 17 November 2013.


PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN KMM

Pasukan Kolej Matrikulasi Malaysia yang akan menyertai Sukan Institut Pendidikan Tinggi Malaysia (SIPMA) telah mengadakan latihan pusat di Kolej Matrikulasi N.Sembilan, Kuala Pilah. Untuk memantapkan pasukan, mereka telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Akademi Bolasepak YNS (ABYNS)  jam 9.00 pagi di padang SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Keputusannya ABYNS tewas 0 -1